AYAM MASAK MERAH SEMPOI

Saturday, March 6, 2010

 Resepi Ayam Masak Merah Sempoi


Bahan-bahan

1 ekor ayam dipotong 8 (sukahati)
17 biji cili kering
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
1 senduk cili sos MAJU
1 senduk minyak masak
2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula

cara-cara
  • Goreng ayam agak-agak garing tapi jangan sampai garing nanti tak sedap
  • Blender semua bahan-bahan di atas 
  • Panaskan minyak, tumis bahan2 yand diblend tadi, biarkan sampai pecah minyak
  • Kemudian masukkan garam dan gula
  • Last sekali masukkan ayam, biarkan sebentar, kalau rasa nak lebihkan kuah boleh la tambah secawan air panas
  • sedia untuk dihidangkan


KERABU

Friday, December 18, 2009

Kerabu Taugeh



Bahan-bahan
1/2 kati taugeh
20 sen udang kering
1/2 biji kelapa
2 ulas bawang merah
4 biji cili merah
1 biji bawang besar
1 biji asam limau
garam dan sedikit gula

cara membuatnya

Taugeh disiang ekornya dan dicelur sehingga masak. Kelapa digoreng tanpa minyak hingga kuning. Cili merah, bawang merah dan udang kering ditumbuk hingga lumat bersama kelapa goreng tadi. Bawang besar dimayang halus. Gaulkan bahan yang telah ditumbuk tadi bersama taugeh serta bawang yang telah di mayang. Kemudian perahkan asam limau serta tambahkan garam dan gula.



 Kerabu Kulit Ubi Kayu



TELUR

Friday, December 11, 2009


OMELET
3 biji telur
1/2 biji bawang besar (hiris)
1 biji cili merah (hiris)
1/2 batang carot (hiris)
1/2 peket kecil soohon (rendam dalam air panas)
20 gm kacang pis
garam, ladah sulah

cara-cara
  1. Pukul telur dengan garam, lada sulah dan 3 camca besar air
  2. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bahan-bahan kemudian masukkan telur, kacau rata seperti membuat telur hancur.
  3. Hias dan hidangkan.

SALAD / SAYURAN




SUP KENTANG
25 gm mentega atau marjerin
50 gm bawang besar (hiris)
50 gm leek bahagian putih sahaja (hiris)
1 liter stok putih
400 gm kentang (kupas dan hiris)
Bouquet garni
garam, ladah sulah
1 keping roti (jadikan "croutons")

cara-cara
  1. Cairkan mentega atau marjerin ke dalam periuk
  2. Masukkan bawang besar dan leek yang dihiris, masak sebentar sampai perang dan tutup periuk.
  3. Masukkan stok, kentang yang telah dihiris, bouquet garni dan serbuk perasa.
  4. Renihkan selama lebih kurang 30 minit keluarkan bouquet garni. Buangkan buih atau lemak yang timbul.
  5. Tapiskan sekali sup itu dengan penapis biasa kemudian tapis sekali lagi melalui "conical strainer" .
  6. Masakkan semula dengan periuk yang bersih, suaikan rasa.
  7. Hidangkan.
  8. Taburkan dengan pasli cincang dan "croutons" dihidangkan berasingan.

DESSERT




CUSTARD CARAMEL
Karamel
50gm gula pasir
2 sudu besar air

kastad
3 biji telur
400 ml susu uht
30 gm gula kastor
1/2 camca teh esen vanilla

cara-cara
  1. sediakan karamel : masak gula pasir dalam periuk yang tebal sehingga gula larut dan menjadi perang. Tambahkan air perlahan kedalamnya untuk melarutkan karamel sedikit
  2. Tuangkan karamel panas kedalam acuan supaya bawahnya bersadur dengan rata. sejukkan sebentar.
  3. Sediakan kastad : Pukul campuran telur dan gula sebentar. Masukkan susu dan esen vanilla. kacau rata.
  4. Tuangkan adunan kastad kedalam acuan dan letak acuan didalam dulang pembakar yang berisi air.
  5. Bakar dalam ketuhar selama 30 minit.
  6. Keluarkan daripada ketuhar dan sejukkan sebentar.
  7. Keluar kastad karamel daripada acuannya dan hidangkan.

Dari dapur kck7273 Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino